Tuesday 3 April 2012

AKU DAN FIZIK

Takdir tuhan telah menetapkan aku dan  fizik. Mungkin ada hikmah disebalik itu , sejak akhir - akhir ini banyak konsep fizik yang diterangkan secara kasar di dalam AL -Quran . Sejarah fizik aku tidak begitu cemerlang , tetapi aku masih minat mempelajarinya kerana ia melibatkan banyak perkara - perkara yang berlaku disekeliling kita sebagai contoh bagaimana arus elektrik dihasilkan. Boleh dikatakan aku seronok dengan konsep fizik ' sudah semestinya kita sebagai umat islam perlu mempercayainya ia adalah ketentuan tuhan yang Maha Berkuasa. Di sekolah menengah aku, mengatakan pembelajarn fizik ini agak sukar untuk memperoleh A+ kerana terlalu banyak rumus yang perlu aku ingat. Kemudian di matrik aku mula menjinak - jinak dengan matapelajaran fizik sehingga aku jatuh hati dengan fizik. Di sekolah menengah subjek matematik dan lukisan kejuruteraan adalah subjek yang paling aku minati, tetapi rupa - rupa fizik juga menyeronokkan.....bersambung

ROAD TO MY FIRST DEGREE

Assalammualaikum wbt ,Salam ukhuwah dan salam berbahagia , menjadi syarat wajib bagi mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan mahupun universiti luar negara tidak kiralah awam atau swasta mereka wajib dan perlu membuat kajian dalam kursus yang mereka ambil untuk melayakkan mereka untuk bergraduasi bagi ijazah sarjana muda. Secara jujur ramai atau rata -rata mahasiswa masih kurang mahir dalam menghasilkan kajian yang berkualiti tinggi . Ini juga dialami oleh diri saya sendiri, agak sukar untuk memilih tajuk kajian yang baik. Walaupun kajian ini bukan sepenuh masa tetapi , ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi bagi seseorang mahasiswa untuk menghabiskan kajian mereka. Kesabaran dan minat untuk menghasilkan kajian yang tulen perlu ada pada seseorang mahasiswa , supaya kajian itu boleh digunakan atau dirujuk pleh pakar - pakar akademik bagi menyelesaikan isu - isu berbangkit di negara tecinta kita ini . ....bersambung......